Kerajaan Persekutuan dan Negeri diharap dapat mengurangkan kebergantungan ekonomi kepada sektor pembalakan, pelombongan serta yang memberi kesan serta kemusnahan besar kepada alam sekitar.<br /><br />Menurut aktivis alam sekitar, Amlir Ayat, pulangan ekonomi dalam sektor tersebut tidak berbaloi kerana kesan kemusnahannya telah memberi kesan kepada perubahan iklim dan bencana seperti banjir dan tanah runtuh.